Monday 25 August 2014

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.........semoga semua warga banggol pak ali yang berada di kampung mahupun yang berada di perantauan berada dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu hendaknya.Tujuan blog ini dicipta adalah untuk memberi informasi kepada semua warga banggol pak ali yang berada di kampung ataupun di perantauan dan tidak terkecuali masyarakat luar mengenai apa yang berlaku di kampung Banggol Pak Ali seperti aktiviti yang telah ataupun yang akan dijalankan di kampung yang kita cintai ini.

      Sejajar dengan hasrat kerajaan yang mahu masayarakat luar bandar lebih terdedah dengan teknologi maklumat dan informasi secara menyeluruh serta tidak ketinggalan dalam dasar kerajaan dan peluang-peluang yang disediakan  dari segi pendidikan,ekonomi,dan pelbagai lagi peluang lain yang kebiasaannya tidak sampai kepada masyarakat di luar bandar dan terhad kepada masyarakat di bandar sahaja kerana utiliti teknologi yang terhad.

      Medium seperti BLOG ini dipilih supaya hasrat di atas dicapai dengan berkesan,tepat dan cepat.Oleh itu , diharap semua warga kampung banggol pak ali yang berada di perantauan atau di kampung dapat sama-sama berkongsi ilmu dan maklumat yang diperolehi supaya dapat disumbangkan ke dalam blog ini untuk manfaat kita bersama. Selain blog ini, kita juga mempunyai page FACEBOOK KAMPUNG BANGGOL PAK ALI yang boleh dilayari di sini.

sekian,wassalam.


Pemandangan Indah Minda Cergas